Tuesday, 13 August 2013

Senarai Checklist Pertunangan.

Okay Ni antara checklist utk bertunang nanti, xdelah detail sgt. Saja nak share :)


1. Pilih tarikh/waktu/tempat -  31/8/2013, selepas Asar, dalam bilik atas katil ( no Pelamin, bertunang je pon)
2. Tentukan jumlah hantaran - Lelaki- 7, Perempuan- 9 Dulang
3. Pilihan Tema hantaran – Pinky + Yellow
4. Pilihan Gubahan sendiri / tempah -Buat sendiri (lagi jimat)
5. Pilihan Warna pakaian - Pink Peach
8. Jumlah wang hantaran & mas kahwin – Masih dalam perbincangan, Mas Kahwin Slangor Rm300.
9. Cincin tuning & risik – 2 cincin 
10. Pilihan Dais / Pelamin : Hanya Hias Bilik Sendiri Jewww
11. Makeup – Makeup Natural. MakeUp By Mrya Joes
12. Jurugambar- Sendirian Berhad
13. Sediakan bajet jamuan High Tea - Masak Sendiri (Menu akan dikeluarkan nnt)
14. Wakil Bercakap - Paklang Hadi. 
15. Tentukan jumlah keluarga dari pihak L yg akan ikut serta – Yang ni den tak tahu. tapi bertunang ni takperlu la ghamai ghamai.

2 Weeks & 3 Days.

Assalamualaikum

2 more weeks to go!
Aiya, aku tak siap apaaaaaa apa pun lagi hantaran ni, Masih lagi bermalas malasan.

Checklist Barang Hantaran Side Syahir:


  • Kasut
  • Perfume
  • Belt & Wallet
  • Kemeja & Tie
  • Kain Nikah
  • Toiletries
  • Tafsir Quran
  • Tepak Sireh
  • Cincin
  • Manisan

Checklist Barang Hantaran Side Aku:
  • Kasut
  • Handbag
  • Toiletries
  • Perfume
  • Kain Nikah
  • Sejadah & Telekung
  • Tepak Sireh
  • Quran
  • Manisan
Haha aku rasa aku asyik listkan barang hantaran jek. Barang dah ada, cuma tak gubah lagi.
Dulang hantaran aku sewa dekat sini. Barang untuk gubahan semua beli sendiri. Nanti kalau hasil dah siap, itew tunjuk gambau nye ye. hiks

Till then.
Assalamualaikum.

Monday, 15 July 2013

Saya Nak Menang Wallpaper yg Gojes dari Wall MakeOver By Na!

Assalamualaikum. 

Salam Ramadhan Kareem. Masa ber'walk blogging' tadi tetiba terjumpa satu contest. Hmm tak tahu lah nak panggil apa, I'm just trying my luck je. Hehe. Btw kita dah ada bilik sendiri so ingat mcam best aa kalau dapat wall paper free dari Wall MakeOver By Na ni. Actually, dah bertahun jugak like FB Wall MakeOver By Na. Sebab iols sangat berminat dengan benda benda macam ni, cuma kesempitan ruang dan wang yang membatas kan. huhu.

So, Apa yg perlu anda buat untuk menyertai contest ini, which is Nadia Farahida will select at least 3 houses utk di Make Over kan! Seronok kan!
-------------------------------------------------------------------------------------------------------------
jom follow Instruction!:

1. Like facebook fanpage Wall makeover by Na tekan sini.

2. Like facebook fanpage nadiafarahida tekan sini. 

3. Pilih salah satu gambar design dari facebook fanpage Wall makeover by Na yang korang berkenan untuk buat dekat rumah korang. 

4. Buat 1 entry di blog masing-masing, attachkan sekali design yang korang dah pilih siap-siap dari facebook fanpage Wall makeover by Na tadi dan sambungkan ayat ini, 
" Saya nak www.nadiafarahida.com memilih rumah saya untuk dimakeover oleh Wall makeover by Na dengan design pilihan saya ini kerana .........................."

haaa kaw karang la berapa panjang aku tak kesah. ;) janji aku akan pilih pemenang berdasarkan keikhlasan dan kesungguhan korang untuk memiliki. oraittt? 

5. settle semua empat step dekat atas ni, sila tinggalkan link entrykorang dekat komen entry ni ye. :)) settle. 


----------------------------------------------------------------------------------------------------------

Checklist :-

No. 1 = Done
no.  2 = Done
No. 3 = Done

Corak yang menjadi pilihan Hati <3


No. 4 =  " Saya nak www.nadiafarahida.com memilih rumah saya untuk dimakeover oleh Wall makeover by Na dengan design pilihan saya ini kerana .........................."

" Saya nak www.nadiafarahida.com memilih rumah saya untuk dimakeover oleh Wall makeover by Na dengan design pilihan saya ini kerana saya sgt berminat dengan pilihan wallpapernya yg sangat menarik dan gojes!, Saya juga ingin menampak kan setiap ruang rumah saya kelihatan ceria dan alive :) selain daripda saya bakal bertunang dan berkahwin dan semestinya saya mahukan rumah yg cantik agar tetamu yg hadir rasa akan kecantikaan rumah dengan adanya Wallpaper Gojes, Meletop dan Osem daripada Wall MakeOver By Na. :)

No 5  = Done
--------------------------------------------------------------------------------------------------

P/s : Sekadar mencuba nasib. Kata orang belum cuba belum tahu. Hehe.. tapi kalau tak terpilih pun takpe. Bukan rezeki namanya :) Nak nak pulak orang yg macam iols ni masih hijau dalm dunia blogging. :)

till then.

Tuesday, 25 June 2013

Final Exam

Hai Assalamualaikum.
Okay dah boleh stop sekejap fikir pasal all these things!

kene focus untuk final exam. Ada 5 paper!
Gudluck Nik!

Lepas ni sambung bercerita pulak. Lepas habis paper 14 July ni. weihuuu!

Wednesday, 12 June 2013

Senarai Barang Hantaran

Hai Assalamualaikum,
lama rasanya tak menulis kat sini. Huhu. Ni ada waktu terluang ni, so aku nak cerita sikit pasal barang hantaran untuk majlis bertunang aku dan Syahir yg bakal berlangsung 2 bulan lagi dari sekarang. Hahaha. Ya Allah nak bertunang dah aku? takpercaya je rasa. hewhew

Untuk barang hantaran ni,kami berdua dah decide untuk beli barang masing masing then nanti tukar je. Lagi senang macamtu kot, sbb kita boleh pilih barang yg kita suka haaa. Kalau nak suruh En. Syahir nanti susah. Jadi biarlah dia pilih barang dia, aku pilih barang aku. Haa cemtu kannn.

So kami bertunang nanti bagi barang hantaran sekali ni je. Maknanya masa nikah nanti dah takde dah nak bawak2 dulang hantaran semuaa. menyusahkann. Haha.

Senarai barang hantaran yang sudah dibeli adalah seperti berikut :)


      • Body Care -  yang ni aku beli BodyShop je. 
      • Cake         -   kek ni dah decide nak order kat secret recipe jek.
      • Kain Nikah-  kami pilih warna Off White
      • Kasut        -  Hmm yang ni pilih brand Charles and Keith ja
      • Quran        - Yang ni guna Quran Rainbow :)
      • Telekung   - yg ni emak bakal tunang kite yg belikan :D
      • Sejadah     - beli kat Jakel jep
yang tak sempat beli lagi - Perfume and Handbag, yang ni mungkin beli masa cuti sem nanti :)


till then. Nak buat Assignment!

Monday, 13 May 2013

Syukurrrr!

Alhamdulillah, everything went well. Tarikh pun dah ada. Sangat sangat eksaited untuk menapak satu langkah lagi ke hadapan. Semoga Allah permudahkan urusan kami. Amin

Semalam, Jumpa dengan Parents Syahir. Kitorang hangout bersama-sama. Osem sebenarnya.
But then, aku sakit perut + migrain tetiba. Spoil gila. huerghh.. Guess what? his mother bought me a Telekung from Siti Khadijah for Hantaran. Alhamdulillah. Merasa la jugak pakai telekung mahai. ekekeke.

Jumpa lagi for the next entry!

*tgh siapkan esaimen, take a nap (gigih nak cerita kat belog)

Friday, 10 May 2013

Nervous.. -,-

Oh haii! lama tak menulis kat sini. Iols sangat bz hokayy dengan assignment yg cukup padu. Hectic month i guess. Huerghhh..
Nervous? why am so nervous? hewww this weekend there is something good will happen. Awww. Chuak lain macam ni. Haha
will update later. :D

Assalamualaikum guys!