Friday 7 November 2014

2nd Trimester:)

oh hai, Assalamualaikum..

diam tak diam lama jugak tak update blog ni kan..
Now dah 5 month preggy. Dah 2nd trimester..lagi 4 bulan je nk tunggu baby keluar.

of course Mommy and Daddy tak sabar tunggu kelahiran Baby F.:) We all dah  scan jantina baby haritu, and its a boy. Tak kisah lelaki ke perempuan, asalkan sihat dan sempurna. Amin.
Nafsu makan sekarang pun tgh mencanak-canak naik. takut jugak berat naik banyak sgt,kang nurse marah hihi.

oh btw kita buat monthly checkup dekat KK Sungai Buloh. Kalau macam nak scan kita buat kat PMC Sungai Buloh. Dan besar kemungkinan akan bersalin kat PMC. Scary oi nak bersalin dekat hospital Sg Buloh tu.. u guys boleh gugel la pengalaman ibu2 yang bersalin kat situ. Hueh..

Bila dah second trimester ni kita asik skip je makan ubat yg KK bagi hehe. Asyik lupa je. Sian jugak kat baby.. tapi kita seimbangkan dgn makan kurma, kacang badam and minum susu kambing. kita makan ni hari2. Kadang2 minum Pati Delima Gulsan tu, tapi sebab masam..kita tak minat sgt. dah start 5 bulan ni kita ada mkn VCO.. elok la kot, ikhtiar je.. function vco sama macam olive oil. 

aaa lagi nak bebel ape ek? oh, sekarng kita teringin nak mkn durian crepe!hui oklah nak p carik. hahha

Sunday 21 September 2014

2nd Honeymoon : Avillion Port Dickson

Hello! hihi Assalamualaikummmm.

masa early September baru-baru ni kita n husband saja nak pergi berjalan berdua-duaan so, kebetulan ada voucher kitorang beli masa Matta Fair before kawen dulu,  kami pilih untuk ke Avillion, Port Dickson. :)

Tempat yang sangat mendamaikan pada kami, hehe. Tenang gila. Kitorang pilih Water Chalet untuk satu malam. Maklumla husband pun susah dapat cuti.Itu pun nasib baik la boleh cuti. Huhu

layan gamba la k :)

kawasan sekitar resort :)






okay jom kita tgk water chalet dia pulak :)









Friday 19 September 2014

Pregnant ke?

Hai Assalamualaikum, hehe

pregnant ke? Alhamdulillah kita dah berjaya hamil! ehh# haha.

Syukur atas kurniaaan rezeki dari Allah yang tak ternilai harganya ini. Amin
Kandungan pun baru berusia 4bulan:)

Am happy mommy to be!

But
-
-
-
-
-
-
-
-
-
Semester baru je buka, so mak buyung ni akan ke kelas seperti biasa dengan membawa baby kesyangan ke dalam lecture hall kikiki.

Semoga anak ini menjadi anak yg berguna pada agama dan bangsa, pandai dan comel macam mummy n daddy dia ^^ hukhuk

Thursday 14 August 2014

Honeymoon : Redang Island. (Entri bergambar)

Hai Assalamualaikum.. maybe post ni tak berapa details, because am not feeling well tapi gigih nak update blog jugak.

Seminggu lepas majlis perkahwinan kami, we olls decide pergi honeymoon dekat Pulau Redang. Sebab raamai cakap best and cantik. Tapi memang cantik pun! x rugi pilih redang. Hehe.. so untuk bakal pengantin saya coret kan sikit sesapa yang nak pergi redang boleh la jadikan ni sbgai panduan. Eceh, gelabah. Haha.

Kitorang booked flight tiket ke Kuala Terengganu. Flight kami dalam pukul 11.45 am. Hmm biasalah airasia kan konfemla delayed nye, dalam pkul 12  pm baru naik kapal. Kami kejarkan ferry pukul 3ptg which is last ferry, so mmg agak rushing jugak. Btw kitorang pegi ni mmg agak adventure sbb main redah je. Saya cuma booked resort sahaja, yg lain semua buat dekat sana. Alhamdulillah semua berjalan dengan lancar.

Day 1.
Pagi lagi dah terpacak kat Klia 2, MIL yang hantarkan kami. naik flight dlm 45minit camtu dah sampai Lapangan Terbang Kuala Terengganu. Cepat dan pantas, that why kami pilih naik plane. sampai je Airport terus amik Cab untuk ke jetty Shah Bandar yg mmg tak jauh pun dari airport. untuk perjalanan ni diorang mmg charge rm30. Jetty ni terletak berhampiran Pasar payang. Sampai jetty kami berkejar nak beli tiket ferry, tapi terlambat.. diorang tgh lunch break. so kene tunggu pukul 2pm. Sementara menunggu tu kitorang sempat la jalan2 areaa situ and makan-makan dulu, siap g beli toiletries sbb tau kat pulau mmg harga berganda. Pergi ATM keluarkan duit, kt sana tentu tentu xada Atm Machine kan. So lepas pukul 2pm kitorang beratur beli tiket. Ya ampunnn Panas terik sangat Terengganu, mmg mandi peluh betul! Ohh harga tiket ferry oneway rm55 perperson. kalau anak terengganu dapat murah. Pukul 3 pm kami naik ferry perjalanan memaakan masa dalam 1jam 45minit, dah tentu kami laki bini tido dengan aman dan nyenyak di dalam ferry haha.

Setelah berlama-lamaan dalam ferry akhirya kami sampai, Kami tak tinggal di Long beach, Kami tinggal berhampiran dengan airport Berjaya Air. Nama resort kami Redang Island Resort. Tempat yang cantik dan sgt mendamaikan and tak ramai oraang tu yang penting hehe. Nama pun Honeymoon kannn hehe.
Dah sampai tu kami pun terus check-in. Dapat kunci terus naik buggy dia hantar sampai depan chalet! yeay chalet yg cantik. Am satisfied! Sampai bilik kemas apa yg patut, mandi and had our high tea, pastu keluar bilik pergi lobby utk book our snorkeling activity untuk esoknya hiks!
Dekat Lobby sambil tunggu turn nak book activity :)

Nilah Chalet kami! 
Dalam bilik, sorry katil dah bersepah dulu sbb dah baring dulu. hehe
Day 2

So harini kami punya aktiviti cuma snorkeling and island hopping. Best gila! hehe tapi suami takut nak snorkeling sebab dia takut dengan kedalaman. takpe biar wife teman hahah! oklah kitorang pegi 5 island, tapi dah tak ingat apa nak pulau-pulau tu. sorry :( tapi for sure itulah moment paling indah dengan suami. oh lupa cost kami snorkeling and island hopping ke 5pulau ni rm65 per person. Saya jumpa macam macam jenis ikan. Jumpa banyak penyu! best sgt hee.. Air laut yg biru crystal clear memang sgt memukau pandangan mata.

nampak tak si bini je yg eksaited? 

naik naik! g next island!

hubby dah give up, kesudahan dok atas boat jek

turtle island, kat sini jumpa bnyak penyu!

Marine park


dalam pukul 3pm kitorang habis dah activity tusemua. So dalam pukul 5pm kitorang nak ke long beach. Naik bot lagi yeayy. Kitorang lepak long beach dari 5pm- 9.30pm. best jugak lah hehe masa ni celebrate birthday hubby, kebetulan hari tu besday dia. Kami celebrate dekat Laguna Beach Resort, auww sweet ngat.

tunggu boat sampeii. Masa ni dah start sunburn dah

Dah sampai Long beach!





Our dinner celebration




ps: tidak la istimewa sgt, tapi memorable yg penting. iloveyou B so much. thanks for being good husband to me.

pukul 9.30 camtu kami pun balik, naik speed boat memalam sangat best, tgk langit bertaburan bintang, kat tgh laut cuma diterangi cahaya bulan. Seronok sgt.

Day 3.
Today is our last day here, confirm akan rindu segala moment dekat sini. hati berat meninggalkan chalet. ferry kami tengahari macam tu, before tu sempat la terjun swimming pool dan jln2 dekat private beach depa.





then, kami packing siap2 nak balik ke kuala terengganu dah. flight kami malam. saja beli malam sebab nak shopping dulu dekat pasar payang and bandar terengganu. Sempat lagi kami beli mcm before naik flight, kebetulan masa tu tgh musim buah laici.. apalagi, beli buah laici, keropok lekor, baju baju and souvenir utk family.

pukul 9.30pm kami dah naik plane, Kuala Lumpur mu tunggu aku datang.
Bye Redang, Bye Terengganu.. till we meet again!


Thursday 7 August 2014

Review : Candy Buffet, Doorgift & Catering

Assalamualaikum. Hai harini kita nak review lagi, lagi 3 perkara. Maaf mungkin entri ini akan kekurangan gambar, hehe. Maaf nahh :)

Candy Buffet 

Hat ni kita pilih candybuffet dari Gula-gula Rhea (klik link) akak ni stay tak jauh dari rumah kita. duduk area Saujana Utama so no transportation charge!yippie. Cantik okayyy and berpatutan harganya pd iols, hiks i loike! ni Gambar Candy buffet kite.. ikut theme purple+turqoise




Doorgift

Untuk doorgift, kita n family mmg pilih yg paling simple. kami bg marble cake siap dgn kotak kepada tetamu. sedap jugak..Ada pelbagai perisa, mcm coklat, pandan, oren, vanila. haa sekotak tu rm 2.30 if im not mistaken. oklah, mak kita order 1000 pax, alhamdulillah smua habis. hehe

kita order tu kat jalan kebun, nama dia Shawqi's (klik link).
kotak marble cake,boleh pilih
transport mereka

   



inilah marble cake pecah 5tuu :)


Catering

Haaa untuk katering pulak, kita guna khidmat Ekhwan Catering dari sungai penchala. Jumpa diorangni waktu pg wedding fair dekat sacc Mall Shah alam. 

Makanan diorang paling win! sebab apa? sebab sedap. tetamu ckp mmg sedap habis! haa awak tak dapat rasa sgt, maklom la pengantin. Bila dengar org komen camtu rs syukur sgt. hehe

dah la makanan best, dapat  free lg satay 1500 cucuk. hebennn hiks. Memang makanan masa majlis haritu licin, makcik2 tak sempat nk tapau kehkeh. diorang deco pon cantik, kne sgt dgn theme kite... 
ni pakej kite amik
cantik kan :) cuma reben tu tukar colourpurple n turqoise


ok till then.

Tuesday 5 August 2014

Review: Majlis Bertandang (Outfit, Pelamin & makeup)

 Hai hai, jumpa lagi hehe.. Kali ni kita nak review pasal majlis bertandang.

untuk majlis betandang ni, husband guna full package, which is diorang yg buat semua keje. kita just bg badan je masa majlis tu. Senang kan gitu hiks.
Majlis kami dekat Ballroom Hotel Roof Garden Bukit Jelutong. Baju untuk bertandang ni Hubby yang ngengada nak customize baju baru, so kita ikutkan aje. hehe. Layan gamba la eh. kite tgh pening kepala tapi gigih nak menreview jugak hehehe.