Thursday 5 March 2015

Pengalaman Bersalin : Zuriat Pertama

Alhamdulillah, syukur padamu Ya Allah.
kita dah selamat melahirkan anaknda sulong pada 27/2/2015.
Bayi seberat 2.8kg ni telah diberi nama Habib Al-Fateh bin Ahamd Syahir.

Seindah nama, semoga anak ini berperibadi seindah namanya. Amin
Habib di lahirkan di Putra Medical Center, dengan Dr. Wan Ratna. Harini genap 7 Hari Habib melihat dunia.  Jadi anak yg soleh, berakhlak mulia dan mendengar kata ya Habib ku.

Orang yg paling eksaited sekali semestinya suamiku. Terasa seperti tak disayangi dah sbb husben sibuk nk syg Habib. Mommy jeles okayyy.

26-2-2015
- 3am pergi kencing and rasa perut asyik keras, tapi tak kisah sbb slalu mmg camtu.. kemudian tgk kat panties dah turun tanda lendir+ darah. chill lagi sebb tak sakit apa2.

-7am, lagi sekali pergi toilet nak kencing, tanda masih turun tapi tak start contraction lagi.. Masa ni bgtau husben yg dah turun tanda.Tapi husben ckp xpe bagi dia g keje dulu.

Selepas husben g keje baru start contraction, rasa sgt mild. so xde la sakit sgt.. makin menuju ke waktu ptg. makin rasa sakit perut, sebijik macam rasa senggugut. Tapi xrasa macam nk bersalin pun. Sbb chill boleh rileks main fon semua bagai. start pukul 5pm dah rasa tak sedap hati, terasa macam akan bersalin malam ni jugak. Maka.. whatsapp husben suruh balik itu jam jugak sebb nk pegi spital terus.


-7pm, husben sampai rumah dari office, kita mandi siap2. pakai mangi-mangi sikek terus g PMC.

-7.30pm cek CTG baby dalam stgh jam. time ni dah rasa contraction yg makin kerap dan sakit.

-8.30pm, Baru dapat jumpa dr.Ratna, Terus seluk untuk tgk berapa cm dah terbukak. Ok terkejut bila dr. cakp dah bukak 7cm. Terus bawak naik LabourRoom. pehhh nebes lain macam dah time ni. maklumla baru pes taim.

9.00pm, Midwife pecahkan air ketuban. lepastu Rasa diaaaa punya contraction, maha hebat. sakit hanya tuhan yg tahu.

ya sakit bersalin memang sangat2 diluarjangkaan.

Tunggu nak buka sampai 10cm tu. Allahuakbar. memang tak tahan. Asyik tnya nurse bila boleh teran, memang tak thn nak teran sgt2.

tepat pukul 12 malam --27/2/2015

Bukaan cukup 10cm, dr dtang.. apalagi wa terus push lahhhh. haha tapi nafas tak sampai, kene Vacum kepala Habib syg. Habib berjaya dikeluarkan pada 12.14am. Lepas baby dah keluar tu lega sangat. hilang sakit bila dr letak Habib atas badan kita. Kemudian dr. keluarkan uri dan Jahit epi kita. tp masa jahittu dr Bius,so tak rasa la. Terus tido. mamai chuols.

Berhajat nak sunatkan Habib. Insya Allah dalam waktu terdekat ni.

ok.