Tuesday 7 July 2020

Now i am mother of 2!



july 2020.




Ya Allah.. berzaman ye tak jejak blog!
tiba-tiba harini tergerak hati nak delete email, then terjumpa notification blog. HAHA
wehhh serious lah,last update 2015 masa tu baru beranak anak sulong.


sekarang ank sulong pun dah 5tahun gais, siap dah ada adik 3tahun dah.
Alhamdulillah masih lagi dua, tak dan nk tambah lagi hah.
ponekkkk hahaha.

Bila dah 2kali beranak ni, urat banyak putus, asyik lupa manjang.
paling best boleh lupa yg kita ada blog,, apo.
haha ok since dh igt balik ada blog boleh la nnt kita update pula kt sini hehe

till then gais,
Nanti kakak update lagi kalau tak lupa! haha

xoxo

Sunday 24 May 2015

Our 1st Anniversary Celebration

Hai Assalamualaikum.
Harini nak cerita pasal 1st anniversary iols hehe,
Well, kitorang kahwin last year 17 May 2014.
Dah genap setahun dah pun, kite pun xde bagi hadiah pun hehe maklum la nak membajet..

Cuma celebrate dinner and stayed 1 night dekat hotel.
Hmm 3minggu sebelum tarikh anniversary kitorang ni, iols baru start planning nak buat surprise dekat husband since dia busy kan. Sekali harung la dengan birthday dia 29 May nnt. tapi semua ni kita buat in advance sebab takut ade hal yg xdapat dielakkan sebb husband ni mmg kene selalu standby tu yg takut, luckily masa celebration ni dia tak kene kerja, phewwww

1st of all, kita dah plan nk buat room surprise, and kita pilih Pullman Lakeside Hotel, Putrajaya.
kenapa Putrajaya? sebab husb keje dekat Cyberjaya, plus dia mmg alah dengan jem kalau kita pilih KL, memula mmg nk stay Majestic Kl. Tapi batalkan niat takut laki kita emosional hahaha.

Maka dgn itu kita pun booked masa 15May yg lepas, kita hired surprise planner sebab nya mmg x gigih nak kehulu hilir dgn habib sorang sorang, Lagipulak surprise planner tu kawan kita jepunnn haha.. Terima kasih Ainil kerana membantu, hiks

Masa 15hb pagi tu ikut @ hantar husband pegi keje sebab nak guna kereta and sbg alasan nak pickup dia nnt sbb kita bgtau dia yg malam tu nak dinner skali dekat Pullman, tapi dia xtaupasal bilik tu.. While dia dekat office, kita dgn kawan kita pegila merayap carik barang etc sambil nk tggu pukul 1.30pm nak pickup cake kat precint 14. (semua ni caridlm ig) lepas ambil kek kitorang pg check in hotel sambil bawak belon bebanyak sighhh. receptionist pndg pelik ajeeee. hahah

simple jek kek kita ni hehe


Settle tu semua iols pon lepak dlm bilik tggu nak pickup husband pukul 5.30 camtu sambil tidokan Habib n siapkan habib n diri sendiri, maklumla malam kang ade dinner. Theme bilik dekat Pullman ni Classic.Oklah bilik luas siap ada mini garden kat luar.. xsempat snap gambar :) oh yaa, kitorang dinner buffet je dkt situ, bbq night + international cuisine. rm 100 per person.(icl service tax n gst hampagas)

*gambar bilik sebelum deco





Oklah dah 6pm camtu kita sampai office husband lalu berdesup ke putrajaya balik.. haha tahu tak kat sini kita kantoi booking bilik sbb masa kt buffetcounter tu waiter tu mintak no bilik, husb kita kt sebelahh wuwuwuw, sakit hati ittewww. yg laki kita dah gelak2 pastu dhmasuk dlm restaurant tu dia ckp "elehhh nak buat surprise leteww' . Choi tau, iols dlm hati ckp "Hengko xtaau ape kitorg buat dlm bilik nnt hahhaha"

Malangnya masa makan ni, Habib buat hal, dia kembung pulakksss. Haha xsenang mommy nak mkn.Nasib baik dapat mkn desert bebanyak, tu je aim aku hahaha.


Restaurant dia, time ni la Habib meragam haa


jeng jeng jeng!!

Ha lepas je makan, laki kita terus ajak balik bilik (konpiden kannn)
lepas dah sampai bilik dia yg bukak pintu, terkejut jugak la tgkdlm bilik lilin menyala sepannjangjalan ke katil.. kita tanya dia,betol ke ni bilik kita.. terus dia gelak mcm hantu dia ckp betul lahhhh ade gambar kawen kitaa! hahahah

tu jelah xdelah seronok pun, tapi puas..
Husband happy, kita pun happy!

Habib pun Happy!

husband punya seronok sampai terlanggar lilin haha..

jom tgk gambar :)

waktu nilahhhusband langgar lilin haha



ada gambar kami dekat belon ni <3






 Lastly,
Happy 1st Anniversary B. i love you till Jannah.
Semoga Mahligai indah yg dibina ni berkekalan dan sentiasa bahagia hendaknya. Amin


Tuesday 5 May 2015

Baby E Baby Spa and wellness, Wangsa Walk

Hi Assalamualaikum,
lama dah tak menconteng kat blog sendiri hihihi maklumla dah ada anak camgini lahh,busy kelek anak kehulu ke hilir.

BTW Habib dah pun berusia 2bulan 9 hari. Besaq dan tembam dah dia. Alhamdulillah.
Semoga Habib dapat membesar dengan sihat dan kuat. Hehe

Okaylah masa cuti Wesak haritu, kita gatallah ajak Husband pergi Wangsa Walk nak jenjalan sambil lunch andddddd niat dah dlm hati nk bawak habib pergi Baby spa ni. Tapi husband xtahulah niat dlm hati tu, dia ingat kita ajak dia lunch ja. Hihi

Sampai je Wangsa Walk, kitorang terus pergi Fish Manhattan utk lunch, ada offer lobster uols, gambar tak sempat ambil sbb Habib meragam sikit waktu tu.sighh
Lepas makan we ols terus meluru ke baby spa ni, dia sebelah absolute Thai, hujung dan tersorok sikit.
Masuk terus tanya harga and tanya boleh trus swim ke? staff tu ckp ade slot kosong lagi. So, mommy Habib paling happy skali, yeayy! trus ckp nak dekat staff tu.. Husband kite ngikut je, nasib baik x marah. kuikuikui.

Pandangan depan Spa
Masa tengah tunggu staff sana prepare kolam untuk habib, sempatla tgkap gmba spa dia


Lepas beberapa minit kolam pun siap, maka Habib mandi dengan seronok sekali. dia tak takut langsung dengan air! good boy! jom layan gambar!









Anyway, staff kat sini semua friendly and baik baik belaka, u guys yg ada baby should try this, trust me mmg ualls yg akan excited lebey hahaha
Lepas swim ada massage session pulak.


last sekali memang penat swim, Habib terus tidoq.

ouh untuk harga pulak, kita ambil swim n massage sekali total rm86 plus jd members rm10
total up rm 96 camtu :)

ok, Habib dh bangun nak susu!
till then

Thursday 5 March 2015

Pengalaman Bersalin : Zuriat Pertama

Alhamdulillah, syukur padamu Ya Allah.
kita dah selamat melahirkan anaknda sulong pada 27/2/2015.
Bayi seberat 2.8kg ni telah diberi nama Habib Al-Fateh bin Ahamd Syahir.

Seindah nama, semoga anak ini berperibadi seindah namanya. Amin
Habib di lahirkan di Putra Medical Center, dengan Dr. Wan Ratna. Harini genap 7 Hari Habib melihat dunia.  Jadi anak yg soleh, berakhlak mulia dan mendengar kata ya Habib ku.

Orang yg paling eksaited sekali semestinya suamiku. Terasa seperti tak disayangi dah sbb husben sibuk nk syg Habib. Mommy jeles okayyy.

26-2-2015
- 3am pergi kencing and rasa perut asyik keras, tapi tak kisah sbb slalu mmg camtu.. kemudian tgk kat panties dah turun tanda lendir+ darah. chill lagi sebb tak sakit apa2.

-7am, lagi sekali pergi toilet nak kencing, tanda masih turun tapi tak start contraction lagi.. Masa ni bgtau husben yg dah turun tanda.Tapi husben ckp xpe bagi dia g keje dulu.

Selepas husben g keje baru start contraction, rasa sgt mild. so xde la sakit sgt.. makin menuju ke waktu ptg. makin rasa sakit perut, sebijik macam rasa senggugut. Tapi xrasa macam nk bersalin pun. Sbb chill boleh rileks main fon semua bagai. start pukul 5pm dah rasa tak sedap hati, terasa macam akan bersalin malam ni jugak. Maka.. whatsapp husben suruh balik itu jam jugak sebb nk pegi spital terus.


-7pm, husben sampai rumah dari office, kita mandi siap2. pakai mangi-mangi sikek terus g PMC.

-7.30pm cek CTG baby dalam stgh jam. time ni dah rasa contraction yg makin kerap dan sakit.

-8.30pm, Baru dapat jumpa dr.Ratna, Terus seluk untuk tgk berapa cm dah terbukak. Ok terkejut bila dr. cakp dah bukak 7cm. Terus bawak naik LabourRoom. pehhh nebes lain macam dah time ni. maklumla baru pes taim.

9.00pm, Midwife pecahkan air ketuban. lepastu Rasa diaaaa punya contraction, maha hebat. sakit hanya tuhan yg tahu.

ya sakit bersalin memang sangat2 diluarjangkaan.

Tunggu nak buka sampai 10cm tu. Allahuakbar. memang tak tahan. Asyik tnya nurse bila boleh teran, memang tak thn nak teran sgt2.

tepat pukul 12 malam --27/2/2015

Bukaan cukup 10cm, dr dtang.. apalagi wa terus push lahhhh. haha tapi nafas tak sampai, kene Vacum kepala Habib syg. Habib berjaya dikeluarkan pada 12.14am. Lepas baby dah keluar tu lega sangat. hilang sakit bila dr letak Habib atas badan kita. Kemudian dr. keluarkan uri dan Jahit epi kita. tp masa jahittu dr Bius,so tak rasa la. Terus tido. mamai chuols.

Berhajat nak sunatkan Habib. Insya Allah dalam waktu terdekat ni.

ok.




Tuesday 20 January 2015

Alhamdulillah

Fuhhhhh Berhabuk weii belog kita ni.. Lama sgt tak hupdate.

Sekarang dah masuk 3rd Trimester. Guess what? Lagi sebulan je nak deliver.
Haaa Neves bukan main la cerita diaa. yang kita perasan, lately selalu tengok video bersalin. Mungkin sebagai pembelajaran,mungkin laaa..
Cuak tetap ada hokeyy..

Ni pun dapat update blog, sebab kita baru je habis Exam. So sekarang ni tinggal nk siapkan report and present Research kita je. Tak sabar nak habis, perut makin besar.. Nak jalan bnyak rasa cepat letih sgt. Huhu Ape nak share ye harini? Taktahu nak share ape.. kita santai2 ajela ye..

Btw, tadi baru lepas checkup. Kita sekarang dah 33 Weeks 6day. so tadi just checkup mcm biasa dekat KK Sungai Buloh. check darah.. Hb kita low. turun mendadak from 10.3 ke 9.6 hah apa lagi bising la nurse tu. Patut la sejak dua menjak ni rasa cepat penat n sesak nafas sgt.
Anemia rupanya. dan ianya bahaya sebb td nurse ckp boleh sebabkan turun darah n bersalin awal.
Hmm.. takpe kita ikhtiar la makanubat bg naik balik since lg 2 minggu ada appoinment dgn doktor. Dia nak cek darah kita. dan kuakui. memang tak makan pun ubat yg KK bagi tu. Memang jenis tak makan ubat. huhu.. kesian bby kita. To those yg pregnant tu rajin2 la makan ubat k, jgn ikut macam kita. tp kalau jaga pemakann mcm rajin makan makanan sunnah insyaAllah takde masalah ni :)

ohh yaa, anyway kita tak ingat dah bgtau ke belum hehe gender baby kita, BOBOyy. hehehe
excited nak tggu anak kita keluar, tapi nebes!


till then

Friday 7 November 2014

2nd Trimester:)

oh hai, Assalamualaikum..

diam tak diam lama jugak tak update blog ni kan..
Now dah 5 month preggy. Dah 2nd trimester..lagi 4 bulan je nk tunggu baby keluar.

of course Mommy and Daddy tak sabar tunggu kelahiran Baby F.:) We all dah  scan jantina baby haritu, and its a boy. Tak kisah lelaki ke perempuan, asalkan sihat dan sempurna. Amin.
Nafsu makan sekarang pun tgh mencanak-canak naik. takut jugak berat naik banyak sgt,kang nurse marah hihi.

oh btw kita buat monthly checkup dekat KK Sungai Buloh. Kalau macam nak scan kita buat kat PMC Sungai Buloh. Dan besar kemungkinan akan bersalin kat PMC. Scary oi nak bersalin dekat hospital Sg Buloh tu.. u guys boleh gugel la pengalaman ibu2 yang bersalin kat situ. Hueh..

Bila dah second trimester ni kita asik skip je makan ubat yg KK bagi hehe. Asyik lupa je. Sian jugak kat baby.. tapi kita seimbangkan dgn makan kurma, kacang badam and minum susu kambing. kita makan ni hari2. Kadang2 minum Pati Delima Gulsan tu, tapi sebab masam..kita tak minat sgt. dah start 5 bulan ni kita ada mkn VCO.. elok la kot, ikhtiar je.. function vco sama macam olive oil. 

aaa lagi nak bebel ape ek? oh, sekarng kita teringin nak mkn durian crepe!hui oklah nak p carik. hahha

Sunday 21 September 2014

2nd Honeymoon : Avillion Port Dickson

Hello! hihi Assalamualaikummmm.

masa early September baru-baru ni kita n husband saja nak pergi berjalan berdua-duaan so, kebetulan ada voucher kitorang beli masa Matta Fair before kawen dulu,  kami pilih untuk ke Avillion, Port Dickson. :)

Tempat yang sangat mendamaikan pada kami, hehe. Tenang gila. Kitorang pilih Water Chalet untuk satu malam. Maklumla husband pun susah dapat cuti.Itu pun nasib baik la boleh cuti. Huhu

layan gamba la k :)

kawasan sekitar resort :)






okay jom kita tgk water chalet dia pulak :)