Showing posts with label Review bride to be. Show all posts
Showing posts with label Review bride to be. Show all posts

Thursday, 7 August 2014

Review : Candy Buffet, Doorgift & Catering

Assalamualaikum. Hai harini kita nak review lagi, lagi 3 perkara. Maaf mungkin entri ini akan kekurangan gambar, hehe. Maaf nahh :)

Candy Buffet 

Hat ni kita pilih candybuffet dari Gula-gula Rhea (klik link) akak ni stay tak jauh dari rumah kita. duduk area Saujana Utama so no transportation charge!yippie. Cantik okayyy and berpatutan harganya pd iols, hiks i loike! ni Gambar Candy buffet kite.. ikut theme purple+turqoise




Doorgift

Untuk doorgift, kita n family mmg pilih yg paling simple. kami bg marble cake siap dgn kotak kepada tetamu. sedap jugak..Ada pelbagai perisa, mcm coklat, pandan, oren, vanila. haa sekotak tu rm 2.30 if im not mistaken. oklah, mak kita order 1000 pax, alhamdulillah smua habis. hehe

kita order tu kat jalan kebun, nama dia Shawqi's (klik link).
kotak marble cake,boleh pilih
transport mereka

   



inilah marble cake pecah 5tuu :)


Catering

Haaa untuk katering pulak, kita guna khidmat Ekhwan Catering dari sungai penchala. Jumpa diorangni waktu pg wedding fair dekat sacc Mall Shah alam. 

Makanan diorang paling win! sebab apa? sebab sedap. tetamu ckp mmg sedap habis! haa awak tak dapat rasa sgt, maklom la pengantin. Bila dengar org komen camtu rs syukur sgt. hehe

dah la makanan best, dapat  free lg satay 1500 cucuk. hebennn hiks. Memang makanan masa majlis haritu licin, makcik2 tak sempat nk tapau kehkeh. diorang deco pon cantik, kne sgt dgn theme kite... 
ni pakej kite amik
cantik kan :) cuma reben tu tukar colourpurple n turqoise


ok till then.

Tuesday, 5 August 2014

Review: Majlis Bertandang (Outfit, Pelamin & makeup)

 Hai hai, jumpa lagi hehe.. Kali ni kita nak review pasal majlis bertandang.

untuk majlis betandang ni, husband guna full package, which is diorang yg buat semua keje. kita just bg badan je masa majlis tu. Senang kan gitu hiks.
Majlis kami dekat Ballroom Hotel Roof Garden Bukit Jelutong. Baju untuk bertandang ni Hubby yang ngengada nak customize baju baru, so kita ikutkan aje. hehe. Layan gamba la eh. kite tgh pening kepala tapi gigih nak menreview jugak hehehe.







Sunday, 3 August 2014

Review : Pelamin, Make Up dan Baju Resepsi

As salam. Ha! baru nak review pasal Pelamin, MakeUp dan Baju Resepsi.

Hehe cuti raya lebih sikit, belog pun dah berhabukk! fuhhh tiuphabok! haha
oklah, untuk majlis berssanding haritu kita mmg guna khidmat dari Sentuhan Alfa sepenuhnya. (boleh klik link) akak ni ada instagram jugak.

Kenapa kita pilih akak ni? kenapa tak ambik andaman yang gah? sebab dia tak terkejar2 dgn date orang lain, lepastu dia mmg focus kat kita, tu yang best! boleh jimat tauuu! ohh lupa nak mention, akak nibuat andaman secara part time, bukan full time.. and dia beroperasi kat rumah jek. tapi akak ni best! highly recommended sebab dy memaang ikut setiap detailed yg kita nak. Over all memaang terbaik dari pelamin, mekup sampai ke baju. best!

Makeup yang cantik! i is happy
ni pelamin kitaaaa. Sukaa sgt! menepati apa yg sy nak :)

ni outfit saya masa majlis resepsi

Friday, 6 June 2014

Review : Photographer + Henna





Hai Assalamualaikum, huaaaa
dah lama tak update belog sebab lepas kawen haritu terus bz dengan kuliah, ssince lagi berapa minggu je nak Final Exam. Alhamdulillah majlis rumah saya and bertandang side lelaki sudah pun lepas dan majlis berjalan dengan lancar, Alhamdulillah, syukurr.

oklah taknak membebel panjang panjang. kite nak review semua vendor, tapi untuk harini review part Photographer and Henna untuk majlis resepsi kita haritu.

untuk Photographer yg awesome ni, kita ambil khidmat CLORA STUDIO. (klik link) Owner clora studio ni Best friends kita masa form 6 dulu. hehe Bodek2 sikit dapat lah harga yg berpatutan. hehe
and kalau korang nak tau diorang punya hasil sangat lah cantik. Kite n Husband sangat puas hati. Highly Recommended! dorang pun siap buat live update dekat instagram lagi uolss. hehe. Iloikeee!

ni antara hasil gambar :)

clorastudio

Akad Nikah


resepsi
Actually kitorang xdapat lagi gambar kawen, sebab x setel lagi post wedding. Hehe so kene tunggu setel baru bolehh diorang boleh siapkan album we olls :)

Henna
Untuk henna pulak, kita guna khidmat Seri Inai Daun. Hasil yang sangat kemas. Kita pakai inai sehari sebelum majlis. Pakai dalam dua jam je! hasil sangat Puas hati.

Merah kan?
Akak ni dia proses sendiri Inai daun and then dia tiubkan sendiri jugak. Jual dalam harga RM12.90 jek.

overall Masa majlis Resepsi dan nikah 17 May 2014 tu semua kita puas hati :)
Till Then. Nanti kita review hat Lain pulak